Wednesday, August 10, 2011

Ramadan 1432 - The best ever since then part 1

Bug Eyed Man Standing With Arms Out clipart Syukur Alhamdulillah, Ramadan ini telah membawa perubahan yang amat besar kepada Faris. Aku amat bersyukur Ya Allah kerana hampir semua permintaan ku telah dipenuhi. Sesungguhnya kepercayaanku dan keimananku padaMu tidak pernah luntur malah bertambah dari hari ke hari. Aku amat yakin bahawa doa seorang ibu amat mustajab dan sewaktu berdoa aku juga yakin yang pada suatu hari Faris akan berubah.

Bored Boy Sitting On a Ball clipartKeyakinanku yang Faris akan berubah tidak pernah padam, walaupun ada yang memandangku dengan sinikal. Antara mereka yang tidak yakin ini pernah memberi pendapat seperti berikut :

i.   Hantar sahaja ke sekolah pondok
ii.  Bawa pergi jumpa bomoh
iii. Bawa pergi jumpa pakar sakit jiwa.
iv. Nak jadi apa bila besar nanti sebab tak ambil periksa

Jawapanku hanyalah, I know what I am doing. Kenapa bila anak bermasalah mesti hantar ke pondok, kenapa kita tak cari 'root of the problem' dan baru selesaikan masalah. Kenapa orang lain yang perlu selesaikan masalah kita sendiri. Ustaz kat pondok tu dah banyak masalah nak diselesaikan!
Angry Man Swatting Houseflies clipart

Orang Melayu segala jenis sakit nak jumpa tok bomoh, sedangkan dalam Al qur'an tu penuh dengan pelbagai penyelesaian untuk pelbagai jenis penyakit! Kalau bomoh yang baik Ok lah! (ada ke!) kalau yang jenis auta macam mana? kena pulak yang jenis yang menurun, lupa diri  cakap dengan jin lah apa-apa lagi lah, minta ampun, biarkan lah aku dalam kesakitan daripada berjumpa dengan orang macam ni, walau pun ada orang kata kita mesti berikhtiar tetapi biarlah yang HALAL bukan yang HARAM!

Bawa pergi jumpa pakar sakit jiwa! not bad idea tapi aku tahu dia tak sakit jiwa cuma depressed sahaja. Syukur Alhamdulillah aku diberi sedikit kelebihan di dalam membaca fikiran orang lain terutama orang yang rapat dengan ku.....so susah sikit nak kena tipu...I'm not boasting...just telling!..

I know he needs space to voice out his  inner  feeling....I have to understand that ; dia seorang anak remaja lelaki yang kehilangan seorang ayah tempat bergantung dan at the same time dia juga amat rapat dengan ku berbanding kakak dan adiknya, di waktu yang sama dia terpaksa berkongsi diriku dengan yang lain! Dia adalah juga ketua keluarga selepas ayahnya tiada !
Puzzled Man In His Pajamas clipart

So I have to give him space that he needed, walau pun terpaksa berhenti sekolah. Padaku rezeki di mana-mana saja, tak semestinya tak ke sekolah rezekinya tertutup terus ! walaupun ramai orang tidak memahaminya termasuk saudara dan rakan-rakan!

No comments: