Thursday, July 21, 2011

What A Joke!!!

Hari Khamis minggu lepas masa dah hantar kawan-kawan semua kat pakir IPD Sungai Petani, masa nak keluar balik Pak Cik Polis tahan kereta. Kebetulan Ana pun ada sekali. Heran juga selalunya Pak Cik ni angkat tangan saja tapi hari ni siap bye bye sekali dah suruh buka tingkap. Dalam hari heran juga ehh! operasi BERSIH dah habislah walaupun keretaku warna gold...biar betul!

Aku pun bukalah tingkap....dia nak sembang rupanya. Dia tanya ada kosong dak? aku kata keta saya penumpang dah penuh, (meaning nak ke Alor Setar penumpang dah penuh, 3 orang kat belakang tambah sorang lagi kesian kawan-kawan nanti tak selesa!) kawan pak cik cari kereta lainlah!

Ehh dia kata bukan kosong kereta, ada dak ibu tunggal dia nak cari kat kawan polis yang bapa tunggal kematian isteri! Ohh! okay nanti saya tolong carikan (dalam hati aku..minta maaf pak cik saya tak nak jadi maid dan nurse untuk orang lain!)

Selepas tu aku dan Ana tergelak berdekah-dekah silap faham rupanya...lain kali tanya direct je tak payah kona-kona!

nota* Orang lelaki ni nak kawin sebab bila dah tua ada orang jaga dia...banyak cantik!!! ingat apa tak kan ku jadi maid dan nurse untuk sesiapa kecuali ibubapaku dan anak-anakku dan Allahyarham suamiku, InsyaAllah!

No comments: