Monday, June 8, 2009

Hari yang dinanti-nantikan....Kenduri kawin Pak Su


Akhirnya hari yang duk tunggu dah sampai , hari kenduri kawin Pak Su kat rumah Tok Wan. mula-mulanya dicadangkan pada 31 Mei 2009, tapi sebab pilihanraya kecil Penanti N12 pada hari yang sama, terpaksalah dikedepankan, bukan takut orang tak mai, tapi la ni kalu PRK polis suka sekat jalanraya, kesian kat orang yang nak mai kenduri, nak kena ambil longcut, lagi pun semua keluarga nak p mengundi `undilah Kita semua untuk menetukan masa hadapan', walaupun tentu Pak Long akan sibuk sikit tak bestlah macam tu.


Pagi-pagi lagi mak pi rumah Tok wan. Kakak dan adik tidoq kat rumah Pak long, mulanya nak tidoq di rumah Tok Wan tapi bila Kak Mimi nak balik kakak dengan adik ikut sekali. Ingatkan nak tidoq ramai-ramai kat rumah Tok Wan kan best tapi biasalah Faris tak mau pi jadi mak todoq dua beranak dengan Faris kat rumah. Tapi hari ni mak tak masak mak dah beli pelbagai roti dan buah kat Giant untuk breakfast dan lunch Faris.

Kali ni kenduri relax sikit dan boleh lawa-lawa sebab pakai catering dari Sg. tani lagi. Sedapnya lauk. Pas tu siap ada goreng pisang ,ubi keledak dan serawa (pengat) pisang. Puas mak makan hari tu masa Farewel kawan mak kat pejabat di Menara Berputar alor Setar tak dan makan , tinggai kuah saja !!

No comments: