Tuesday, June 16, 2009

Alahai Faris

Dah lama mak tak update blog ni, sibuk la juga, tapi rasanya sebab mak tension dengan Faris kut. Dah macam-macam mak buat tapi Faris masih tak berubah. Sejak Faris tak keluaq rumah langsung mak tengok kulit Faris semakin cerah. Agaknya semua sun tan dan sun burn dok jemor panas dah hilang. La ni kulit Faris yang asal.

Semalam hari ahad Pak Long and Pak Lang and family mai rumah. At First Pak Long saja yang nak mai hantar Kak Syiqin tapi Pak Lang pun nak ikut juga. Mak suruh adik simpan permainan adik supaya anak Pak Lang tak main. Kalu depa main mampus mak kena marah dengan Faris.

Faris sensitif sangat kalu budak-budak sentuh mainan Faris dan Adik. Tapi yang paling Faris PANTANG bila orang lain selain kakak dan adik masuk bilik mak. Apa boleh buat memang mak yang ajar anak-anak mak macam tu, `sesiapa pun tak boleh masuk bilik ibu bapa tanpa kebenaran termasuk anak sendiri !. Bukan mak kata tapi ustadz kata.

Jadi bila sesiapa datang ke rumah pintu bilik mak secara automatik ditutup oleh anak-aank mak yang begitu perihatin. Tetapi sejak ayah meninggal mak akan benarkan orang-orang terpilih sahaja yang boleh masuk bilik mak.

Tapi Faris amat pantang kalu budak-budak masuk bilik mak sesenang hati, mak tau Faris akan membebel panjang, dan mak tak sanggup nak dengar !!

Bila anak Pak Syamil dan Akmal sampai mak dah bagi penerangan :
  • jangan buat bising
  • jangan main depan abang Faris, main kat ruang tamu
  • jangan godek-godek mainan dan buku cerita abang Faris
  • jangan masuk bilik Mak Ngah
  • Jangan gaduh-gaduh nanti abang Faris tension

Nasib baik budak-budak tu dengaq kata mak. Bila Pak Lang n family balik tak ada komen dari Faris, tak macam dulu pok pek -pok pek mulut Faris duk membebel kat budak-budak tu. Lega mak kalu tidak mak yang tension.

No comments: