Saturday, June 20, 2009

Apa-apa ja lah Faris

Mak dah buntu dengan Faris la ni. Mak dah tak tahu nak buat apa. Dah lah Faris ambil laptop dari bilik mak sebab Kakak lupa nak sorok dan mak lupanak bawa ke pejabat sebab kakak kata nak guna. Padanlah muka kakak tu tak payah nak ber myspace, muncong semacam lah tapi bukan my fault, dia yang careless.

Faris pula selamba saja duk tayang dengan kakak, mood pun ok sikit tapi biasa lah minta maaf kalu nak p sekolah.

hari sabtu (19 jun 2009) adik ada Team building di Havard Suasana Resort. Mak p hantar kat sekolah bila mak tunggu sampai bas mai adik suruh mak balik dia kata mak nampak penat, tapi actually dia malu kalu kawan-kawan dia tengok mak dia sorang aja yang tunggu.

Bila balik rumah boringnya, mak duduk depan cermin n potong rambut sendiri, rimas sebab la ni panas sangat kekadang cuaca sampai 34 degree C. Pas tu mak rasa malas nak basuh kain walaupun actually mesin yang basuh, mak apa lagi buat taik mata. Dah lama tak buat taik mata.

Selepas adik balik Pak Long ajak p Chalet Pulau Sayak. Hanya mak dan adik serta kakak yang p, mak long dan pak long pujuk pun Faris tak mau p, mak pun dah fed up mak biarkan Faris tidoq sorang kat rumah. Biaqlah kami kena bertolak awal 6:00am sebab esok kaka n adik bersekolah dan kebetulan mak cuti nak tandatangan report card adik.

No comments: