Wednesday, May 20, 2009


Semalam mak bercuti. Niat asal mak nak pi jumpa cikgu dan pengetua sekolah Faris. Tapi faris kata tak pa nanti Faris bercakap dengan cikgu sendiri. Malam sebelumnya mak nampak Faris dah berubah. Faris tak main laptop dah. faris look so sweet.


Paginya, masa nak hantaq kakak dan adik ke sekolah, Faris kata nak ikut. Mak happy sangat. Waktu subuh Faris siap baca Quran sekali. Tapi Faris kata minggu depan Faris akan ke sekolah. Takpa mak masih mempercayai kata-kata Faris.


Selepas hartar kakak dan adik kita breakfast berdua di Hussien. Mak seronok tengok Faris dah berubah, maklumlah dah lama mak tak dating dengan Faris. Semoga ianya berterusan.


Tapi..... bila Faris start main laptop, Faris berubah, Faris jadi violent terutama kat adik dan kakak, sampai mak pun kena tempias. Mak tak faham Faris!? kenapa jadi macam ni??


So mak dah bertekad, mak akan sorokkan laptop untuk sementara waktu, kalau Faris ugut mak takpi sekolah pun, mak dont care!? Dak lama mak bersabaq dengan Faris, berlembut dengan Faris, tapi Faris macam tak boleh nak control temper Faris tu !?


Satu hari nanti mak akan berjaya dan Faris akan berubah InsyaAllah, yang pasti doa seorang ibu di dalam kesusahan akan dimakbulkan Allah, InsyaAllah, sementara tu, Mak pohon dengan kakak dan adik banyak-banyaklah bersabaq dengan kerenah Faris.

No comments: