Sunday, May 17, 2009

Malam Rabu hari tu, Ami Kader (uncle Farid), Ati Jah, Ati Ina dan Ati Noor (Auntie0 datang ke rumah. Tapi yang aku geram, marah-marah pasai lambat buka pagar, sehingga kena telepon. sememangnya rumah aku tu sound proff, menjerit dan meraung lah kami tak dengaq. sesiapa yang dah selalu mai rumah akan call bila sampai, kalu tidak minta maaflah. Lagi pun aku dan Allahyarham suami dah pesan pada anak-anak buka pintu untuk keluarga terdekat sahaja, maksudnya kalu dua pupu ke atas dan kekawan tak payah dilayan kecuali kalau aku ada di rumah.

Bila dah masuk macam-macamlah serongehnya pulak apa lagi kalau bukan Faris. aduh siksanya kalau orang yang tak faham psaikologi remaja ni. Macam-macam depa duk ajaq macam lah aku ni tak pandai jaga, sememangnya, I'm not a good mother, tapi untuk pengetahuan ipar duai , adik abang, remaja di dalam keadaan gangguan emosi atau emosi yang tidak stabil jangan diterjah tak tentu pasai.

Aku dah hampir dapat menawan Faris dengan cara aku sendiri tapi bila nampak depa mai, habis punah. Aku pula yang kena jerkah dengan Faris. dah nasib !!!

Untuk mereka yang mempunyai remaja yang bermasalah banyak caranya selain tanpa henti berdoa dan solat hajat aku selalu pastikan ;

  1. Remind dia tentang solat, kalau dia kata dah aku percaya, walaupun maybe dia temberang, tapi aku kena bina keyakinan dia
  2. Selalu memeluknya dan bersalam dan mencium dia untuk mempastikan aku tak pernah melupakan dia dan sayang kat dia, sebab dia ingat aku dah tak sayang kat dia lagi
  3. Bila nampak mood dia ok minta dia tolong buat sesuatu yang ringan
  4. Pastikan kakak dan adik tidak mengganggu dia bila dia tengah tension.

Dalam keadaan dia macam tu aku ingatkan farah dan Fathul Amin tak payah berebut channel atau laptop dengan Faris, ikut saja angin dia lambat laun kita akan berjaya. Walau pun mereka terpaksa merana untuk sementara waktu.

No comments: