Wednesday, May 13, 2009

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, pagi tadi apabila mak kejutkan Faris, Faris terus berjanji dengan mak, yang Faris akan ke sekolah setelah menghabiskan homework dan minta mak ajarkan mathematics terutama bahagian algebra yang dah banyak tertinggal. Minggu depan baru Faris akan ke sekolah.

Sememangnya Faris memang suka kalau mak yang ajarkan maths, kononnya mak ajar mudah faham dibandingkan dengan cikgu, maybe one to one , atau memang mak pandai mengajar kut (?) apa pun Faris telah mengambil langkah yang tepat. Mak dah hampir mendapat Faris mak yang dulu, sebak sangat bila mak tengok air muka faris yang seperti memohon simpati dan pengertian dari mak. Alhamdulillah,

Mak janji mak tak akan abaikan Faris lagi. Mak mungkin silap pertimbangan bila memikirkan yang anak lelaki lebih relaks lagi berbanding dengan anak perempuan bila menghadapi sesuatu peristiwa seperti selepas pemergian ayah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya). Mak nampak Faris seperti biasa, jadi mak lebih tumpukan kepada kakak yang amat traoma selepas pemergian ayah. Mak minta maaf sebenarnya lelaki dan perempuan sama sahaja, cuma kakak nampak murung sangat tetapi Faris nampak normal sahaja.

No comments: