Sunday, May 24, 2009

Majlis akad nikah Paksu






Alhamdulillah , majlis akad nikah Paksu berjalan dengan lancar. Walaupun dibuat selepas asar dan perjalanan yang agak jauh kurang lebih , tapi worth it sebab lepas tu makanan yang dihidangkan sedap sangat. Semua kueh best, tapi yang paling best sekali mee rebus, sedapnya. tapi paling best sekali, ada teh tarik dan jus oren, leganya, penat juga jadi camera woman ni.








Kesian Paksu tension jugak masa nak akad nikad, boleh minta Tok Kadhi buat rehersal lagi, kira berani lah tu! sekali lafaz saja dah sah, tahniah pada Paksu dan Maksu. Semoga dirahmati Allah dan berpanjang sehingga ke air hayat janji rumahtangga hendaklah dibina berlandaskan syariat Islam bukan budaya Melayu. Nanti nak pegang ke nak cium isteri depan orang orang malu masa dating tak malu dengan Allah, bukan paksu le tapi orang lain!






Tengoklah semua muka berminyak, makeup dah habis, ye lah dari pukul 2:30 ptg sampai waktu asar, mana boleh tahan cantik lagi. Tapi budak comel si Daneil ni maintain saja, geramnya tengok muka budak ni.










No comments: