Wednesday, May 6, 2009

Kasih dan sayang mak pada Faris, adik dan kakak akan kekal walau apa pun rintangan ..

Akhirnya Faris bercakap juga dengan aku selepas hampir seminggu aku merampas (?) laptop dari tanpa paksaan, kerana katanya ambiklah Faris tak kan pi sekolah. ok, tiada masalah tapi aku katakan bahawa doa seorang ibu boleh melembutkan hatinya yang telah dikeraskan, walau pun aku terpaksa berendam air mata setiap kali bercakap dengannya.

Syukur Alhamdullillah aku diberi tahap kesabaran yang amat tinggi bila berdepan dengan kerenah anak-anak walaupun, secara zahirnya aku tidak kelihatan begitu. dan bonusnya aku tak pandai membebel, kerana Allahyarham suamiku seorang yang rajin bercakap, dan aku seorang pendengar yang baik.

Faris berjanji akan ke sekolah minggu depan seperti sedia kala dan berjanji tak kan ponteng solat Jumaat lagi. Aku berpegang pada janjinya tapi perlu ada surat perjanjian, bimbang juga, kalau dia buat hal lagi. Sebelum tu aku kena sediakan suarat perjanjian.

No comments: