Thursday, April 30, 2009

salam pengenalan

Sudah setahun Abang meninggalkan kami anak beranak. Masa berjalan amat pantas, walaupun ku rasakan seperti baru lagi Abang meninggalkan kami. Tiap detik dan ketika ku panjangkan doa untuk mu, begitu juga dengan anak-anak dengan cara mereka sendiri.

Aku amat bersyukur kerana Farahdeena sudah boleh tersenyum dan ketawa walaupun dia akan membatu bila nama ayahnya disebut atau dibincangkan. Hatinya masih terusik !!

Walau bagaimanapun Faris menjadi sebaliknya. Kerana tumpuan yang lebih ku berikan kepada FD tanpa sengaja, MF memberontak dengan tidak mahu ke sekolah dan suka mengungkit yang aku tidak menyayanginya. Ya Allah Kau berilah aku kekuatan di dalam menghadapi cabaran ini. Sungguh memeritkan untuk menjaga anak-anak yatim, aku amat takut jika aku hilang pertimbangan, semoga Allah sentiasa memberi aku pertunjuk. Sememangnya MF amat manja dengan ku tetapi untuk seketika aku telah mengabaikannya, kerana aku terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada kakaknya yang sedang remaja. Ku sangka ia tidak kisah kerana setahun yang lepas dia nampak `cool' dan banyak membantuku.

Tetapi semoga rajukan MF tidak panjang, dan aku senantiasa berdoa yang MF akan sedar kasi sayang kepada mereka bertiga tidak berbelah bagi dan semoga dia menjadi Farisku seperti sebelumnya.

Alhamdulillah! Ahmad Fathul Amin amat menyejukkan seperti embun yang dingin. AFA sentiasa memberi aku semangat di kala aku merasa amat kerdil dan lemah menghadapi semuanya ini walaupun baru tahun lima ! Dia penghiburku bila diperlukan. Kehangatan pelukannya membuatkan aku merasakan dikasihani dan amat diperlukan.

No comments: