Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi........

Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah bulan untuk mencari pahala yang melimpah, masa untuk mengeratkan lagi Silaturrahim dalam keluarga, maklumlah lunch time tak pernah bersama anak-anak kecuali hari cuti. Seronoknya makan berjemaah !! Lepas maghrib bertadarus bersama. Sejak ayahnya meninggal dunia, Farahdeena n Fathul Amin amat ghairah bertadarus Al Quran.....kerana pahala baca Al Quran disedekahkan kepada ayah tersayang, so berlumba-lumba si Farah dan Fathul Amin. Alhamdulillah.

For the first time, after 2 years, we went to tarawih kat masjid. Farah and Fathul Amin seronok sangat nak bertarawih kat mesjid. First time masuk mesjid yang baru disiapkan, lebih luas dan selesa dan siling yang tinggi so waktu solat tak lah berpeluh seluruh badan. Apa pun, yang penting toilet bersih,... tapi parking tak cukup, terpaksa pi awal nak cari parking.

So, the children enjoyed it, kita buat sampai habis, lepas tu ada tazkirah lagi till 10:30 pm. nasib baik kat Kedah cuti, so balik boleh bertadarus lagi and tidur lambat. Sahur, amat mudah buat nasi goreng saja n milo panas dan kurma.

Buka puasa time buat special sikit, Nasi Daging dengan daging masak merah, boleh tahan sedap ! berbuka dengan kurma BAM (tak sangka Fathul Amin suka dangat dengan kurma ni) dan mempelam masak ranum dari pokk sendiri ! sedap dan jimat ! InsyaAllah tahun ni kaalu boleh tak nak membeli kat pasar ramadan, rasanya sempat nak masak lebih kurang sejam. Not like last year ada masa nak masak cuma 30 minit saja nasib baik Farah tolong masak nasi dulu dan Fathul Amin buat minuman, May Allah Blessed my children.

Minta-minta lah jalan tak sesak so that cepat sampai rumah dan sempat masak untuk berbuka, InsyaAllah

No comments: