Sunday, September 6, 2009

Akhirnya Faris Cair juga...

Alhamdulillah pada akhir bulan ogos lalu laptop yang Faris pakai ada keyboard problem. Memang mak berhempas pulas berdoa dan bersolat sunat supaya sesuatu terjadi pada laptop Faris. bila keyboard rosak, Mak rasa seronok sangat sebab doa mak dah terkabul. Lepas tu dengan suara yang masih keras Faris minta mak beli keybaord usb yang baru. Mak kata solat dulu baru mak belikan.

Selepas beberapa hari pada 3 september mak pun beli keyboard USB. Tapi malangnya bila cuba tak boleh detect, dengan lemah lembut selepas 4 bulan mak tak mendengar suara manja Faris yang mendayu Faris ajak mak pi ke Starrmax di CS untuk cari keyboard baru. Mak ajak pi selepas solat Jumaat tapi Faris tak nak. okay mak ikut Faris.

Tapi Faris tak bangun pada masa yang dijanjikan. So mak kata hari sabtu kita pi tapi mak nak pi awal pada pukul 10:00 pagi , sebab banyak benda yang perlu dibereskan. contohnya nak dirikan semula Canopy yang diterbangkan oleh angin ribut pada hari jumaat.

Bila sampai kat CS Starrmax tak buka lagi so mak , Faris dan Adik merayau-rayau kat The store. Mak kata nak beli baju raya, tapi Faris tak mau, tapi Faris janji dengan mak nak balik rumah Tuk dan rumak Tijah dan nak solat. Alhamdulillah. Dah cair sikir bongkah ais Faris, walaupun sikit. syukur pada Allah. Mak dah cakap pada Faris, biar mak sendiri jadi bomoh nak rawat Faris, semoga mak berjaya.

Seperti masa dulu bila ke mana-mana Faris akan mengikut mak, so masa rayau kat CS ni pun macam tu juga. Bila Starrmax dah buka kita pun masuk tanya kenapa tak detect, budak tu jawab maybe keyboard baru rosak. Takpa mak akan cuba kat PC adik dulu. Pas Adik nak beli games dengan duit dia sendiri, biasalah mak akan beli guna duit mak kalu nak buku cerita saja, yang lain pandai-pandailah budget.

Faris pun nak beli juga tapi tak dak duit, so dengan suara yang lembut Faris kata nak pinjam duit mak beli CD games. Sayu sangat mak dengar ,mak pun kata okay. Adik pun nampak happy sebab abang dah nak cakap dengan dia.

Bila balik rumah adik try keyboard kat PC dia, boleh pun. Kemudian bila Faris cuba kat laptop pun boleh. Dengan perasaan happy sangat Faris pun kata `Mak dah boleh!' so mak kata dah boleh sebab tadi Faris dah solat, so jangan tinggal solat. Pada hari tu Faris pun bertanya kabar ikan dan kura-kura yang adik baru, kalau tidak dia buat banda tu macam tak wujud. tapi yang bestnya Faris tolong mak dirikan canopy yang tumbang tu bersama kakak dan adik. dah lama tak buat macam tu.

1 comment:

ummufarhan said...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Semua yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmahNya. Allah sayang kita dan mahukan kita sentiasa berdoa dan meminta kepadaNYA.