Thursday, June 25, 2009

DETIK YANG INGIN DILUPAKAN

Semalam merupakan waktu yang mak ingin lupakan. Ya Allah mak tak mau ianya berulang lagi bagi kali kedua. Fikiran mak bercelaru dan memang mak tak boleh beri tumpuan masa bekerja, hanya Allah yang mengetahui dan Mak Cik Cah yang perasan.

Bila kakak kata dia nak balik dengan mak pukul 6 ptg. Mak cuba telefon abang kata adi balik sorang, so abang kena buka pintu sebab kunci rumah dengan kakak.

Bila mak agak adik dah sampai rumah macam biasa mak akan call adik tiap hari, dah jadi rutin kalu mak tak call adik akan call. Tapi hari ni sampai 5 kali mak call tak angkat, tak kan adik tidoq. Lepas tu mak call Mak Liza, sama ada adik dah balik ke belum, Mak Cik Liza kata adik dah balik, terus ke rumah , adik tak makan kat rumah dia. Malas pulak mak nak suruk Cik Liza tengok adik buat apa kat rumah. sampai pukul 5 petang tiada call dari adik, mak memang panik habih, rasa macam nak balik terus, tapi mak kena tunggu sebab ada kawan tumpang.

Ya Allah mak hanya berdoa adik dan abang selamat di rumah, mak tak mau apa yang terjadi setahun dulu berulang lagi.

Alhamdulillah , bila sampai rumah mak tengok adik sedia menungu mak di pintu, adik pun tahu mak panik, adik kata, apa yang mak takutkan tak kan berulang 2 kali, itulah adik yang amat memahami, dia pun try nak contact mak tak dapat, telefon rosak atau ada orang curi wayar kat belakang rumah.

Apa pun selepas hantar Kakak ke tuition mak terus pi beli simcard baru untuk adik, biar senang dia contact mak kalau telefon kat rumah buat hal lagi.

1 comment:

Anonymous said...

testing