Sunday, June 12, 2011

Kejutan Faris di Pagi Sabtu

Seperti biasa bila hari bercuti kena masak breakfast, walaupun kedai jual roti canai dan nasi lemak dekat sangat dengan rumah, tak sampai 5 minit jalan kaki, tapi budak-budak ni malas nak pi, kalau nak jugak Mak yang kena pi, sorrylah Mak pun malas jugak nak tukar pakaian!

So semalam mak masak nasi lemak yang simple saja dan lauk-pauknya, since hari sabtu mak punya turn jaga Tok di kampung. Jadi tengah hari Faris kena makan makanan yang sama, Mak, kakak n adek balik kampung jaga tuk.

Selepas siap masak biasalah, adik hidang kat family area sambil makan, sambil tengok taman kita yang semakin tinggi dengan lalang dan burung walit dari kedai depan rumah juga ber breakfast kat laman rumah kita.

Bila Mak ajak Faris makan sama (seperli biasa) tak sangka sekali Faris terus makan sekali dengan Mak dn adek.....Subhanallah...dah lama Faris tak breakfast dengan mak n adek. Kebeulan Kakak tak mau makan lagi. Seronoknya...banyak pulak Faris tambah...agaknya sedap kut nasi lemak Mak...biasalah ...kalau tak sedap pun Faris kata sedap....Adek banyak songeh sikit...

Kalau lah tiap hari minggu boleh makan macam ni selalu..indahnya....

No comments: