Friday, June 5, 2009

Prelud Kenduri di rumah Tok Wan

Lagi 2 hari kenduri di rumah tok wan. Hari ni (khamis) mak ambik cuti so that boleh tolong apa yang perlu. Tapi sebelum tu mak dan Adik ada mission that we have to accomlish.

We went out early in the morning, around 9:00 am. Itu je yang terawal. At first thought of going to see the principal, but she's very busy, so have to postphone. Tapi kita ada plan B, after breakfast kat Hussain Nasi Kandar di pekan SP, apa lagi kalu tak pekena tosai, sedapnya.

Pastu both of us went to SMKBA. kena berlakon sikit sebab misi kita nak letakkan sesuatu di dalam sekolah, iaitu satu benda yang telah dijampi oleh ustaz supaya Faris akan tergerak nak ke sekolah. I will tell abaut that later.

Bila dah masuk ke kawasan sekolah terlupa pulak nak ambik benda yang paling penting tu. Mak pun terpaksa menipu pak guard kata tertinggal handphone dalam kereta. Pak Guard yang baik hati tu kata kalu ada laptop ke handphone pi ambik janga tinggal dalam kereta bahaya. Mak pun pi lah ambik `handphone?' yang tertinggal tu.

Pas tu nak kena cari tempat yang strategik pulak nak letak benda tu. Mula-mula ingat nak selit kat pokok sebab sejuk dan tinggi, tapi tukang kebun pandang semacam je, so mak dengan adik jalan terus masuk ke dala bangunan sekolah dan henti kat kolam ikan. Tengah duk tenang kat mana nak letak Cikgu dan penjaga kolam pulak mai tengok dan sembang-sembang, aduh mencabar sungguh.

kemudian mak pun pusing-pusing tengok le ikan-ikan yang kehairanan duk tengok mak, sampai depa pun pi ke tempat lain, kami pun mencari idea kat mana nak letak benda tu takkan dala kolam pulak, pastu adik dapat idea masukkan dalam pipe yang ada wiring untuk pam air. Alhamdullilah, terror betui adik ni!,

sebelum balik ke rumah kami singgah kat kedai ayah Zaki, kawan baik abang nak ambik satu set buku Harry Potter yang dah lama Zaki pinjam.

bila balik rumah nak jemput kakak ke rumah Tok Wan, abang mengesyaki sesuatu sebab mak pi jumpa Zaki, dia kata Rumah Zaki depan sekolah, pasai apa pi kat situ, mak kata nak beli roti canai, pas tu nampak kedai ayah zaki dak buka, lagi pun adik dah lama nak pi ambik buku Harry potter tu. Tapi kantoi sebab roti canai tu dalam plastik Hussain Nasi Kandar!

No comments: