Pada satu malam 25 april 2009 (setahun selepas ayah meninggalkan kita, AlFatihah semoga rohnya di cucuri Rahmat) mak tengah menjahit name tag adik. Pastu rasa rajin pulak nak baiki kerusi yang rosak secara tak sengaja semasa Pak Lang duduk.
Bila dah ikat agak-agak kuat juga, mak testing duduk yanpa menyedari jari kiri mak kat bawah kerusi tu. Pastu Prappp ! kerusi tu terlipat langsung tersepit jari mak ni. Ya Allah tuhan saja yang tahu, betapa sakitnya jari mak yang dah terpenyet macam buah tomato ceri yang dipenyet sampai pecah, aduh jari mak yang tebalnya 1cm menjadi 0.5 cm dah berdarah.
Nasib baik adik tak panic siap gi ambik minyak burung unta dan bandage sekali. Mak tengok Faris panic dan gelabah bila mak menangis tak henti-henti. Faris sentuh mak dan mengusap-usap bahu mak. Tersentuh juga Faris no! . tengok jari mak pada hari kedua luka dah tangkup, tapi saiz dia masih double in size.
Nasib baik Kakak banyak membantu mak tolong masak, thanks love!. Seminggu pastu mak ingatjari tu dah baik mak pun apa lagi, buatlah macam-macam kerja , mengecatka lantai kat rumah tok lagi, tapi pelas tu rasa macam kuku longgar, kena lah pakai plaster nak lindungi kuku. Dah sebulan pun, bila la kuku ni nak kuat seperti biasa.
No comments:
Post a Comment